
MIAMI, 2 Mei – Juara dunia Formula Satu, Lando Norris, meraih petak pertama bagi perlumbaan pecut Grand Prix Miami selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan.
- Norris merekodkan masa 1:27.869, mengatasi Kimi Antonelli dengan kelebihan 0.222 saat.
- Oscar Piastri akan bermula petak ketiga, manakala Charles Leclerc mengisi barisan kedua.
- Aston Martin terus bergelut; Fernando Alonso dan Lance Stroll berada di belakang grid.
Pemandu McLaren itu merekodkan masa 1 minit 27.869 saat di litar sekitar Hard Rock Stadium, mengatasi pencabar terdekat dari Mercedes, Kimi Antonelli, dengan kelebihan 0.222 saat.
Rakan sepasukannya, Oscar Piastri, akan memulakan perlumbaan di petak ketiga, manakala Charles Leclerc dari Ferrari melengkapkan barisan kedua.
Perlumbaan utama Grand Prix Miami, yang merupakan pusingan keempat musim ini, dijadual berlangsung pada Ahad.
Norris menyifatkan keputusan itu sebagai ganjaran kepada usaha pasukan selepas pelbagai penambahbaikan dilakukan pada jentera mereka.
Sementara itu, juara dunia empat kali Max Verstappen dari Red Bull Racing layak di kedudukan kelima, diikuti George Russell di tempat keenam.
Turut berada dalam kelompok 10 terbaik ialah Lewis Hamilton dan Pierre Gasly.
Dalam pada itu, Aston Martin terus bergelut apabila kedua-dua pemandunya, Fernando Alonso dan Lance Stroll, berada di kelompok belakang grid. – REUTERS