
FLORIDA, 2 Mac– Lionel Messi ledak dua gol ketika Inter Miami CF bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan tuan rumah Orlando City SC 4-2 dalam aksi MLS, awal pagi tadi.
- Messi menjaringkan dua gol untuk membantu Inter Miami bangkit dan menang 4-2 ke atas Orlando.
- Inter Miami membalas selepas ketinggalan 0-2 dengan empat gol semua pada babak kedua.
- Colin Guske dilayangkan kad merah pada minit ke-88, meninggalkan Orlando bermain dengan 10 orang.
- Messi menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma pada minit ke-90.
Miami yang tewas 0-3 kepada Los Angeles FC pada aksi pembukaan musim, mempamerkan kebangkitan dramatik menerusi empat gol pada babak kedua untuk meraih kemenangan pertama musim ini.
Orlando terlebih dahulu mendahului 2-0 hasil jaringan Marco Pasalic pada minit ke-18 dan Martin Ojeda enam minit kemudian, sebelum Mateo Silvetti merapatkan jurang pada minit ke-49.
Messi kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi rembatan kaki kiri sebelum Telasco Sevogia meledak gol pendahuluan pada minit ke-85, selain turut mencipta dua bantuan jaringan.
Tuan rumah beraksi dengan 10 pemain selepas Colin Guske dilayangkan kad merah pada minit ke-88 susulan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Messi.
Messi melengkapkan kemenangan Miami pada minit ke-90 menerusi sepakan percuma menarik yang menewaskan Maxime Crepeau, sekali gus menjadikan lapan gol dalam lima pertemuan menentang Orlando dalam semua pertandingan. -REUTERS