
MIAMI, 31 Ogos – Lionel Messi mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas membawa Argentina ke final Piala Dunia FIFA buat kali kedua berturut-turut pada Julai lalu.
- Messi kata keputusan sukar tetapi masa tepat untuk tamatkan karier bersama skuad kebangsaan selepas memberikan segala-galanya.
- Membawa Argentina juarai Piala Dunia 2022 dan layak ke final lagi pada 2026, tewas 0-1 kepada Sepanyol.
- Kematian bapanya Jorge mencetuskan keraguan melampau untuk teruskan kerjaya bola sepak; beliau kekal berkontrak dengan Inter Miami hingga 2028.
“Keputusan itu amat berat dan masih dirasai, namun ia masa yang tepat untuk menamatkan karier bersama skuad kebangsaan, ” kata pemain berusia 39 tahun itu.
Menurutnya, beliau telah memberikan segala-galanya untuk Argentina, bukan hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika pasukannya meraih pelbagai kejayaan, malah sejak awal kariernya.
Messi membawa Argentina menjulang trofi Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti di Doha, Qatar.
Bagaimanapun, Argentina tewas 0-1 kepada Sepanyol pada final Piala Dunia 2026.
Susulan kematian bapanya, Jorge, pada Ogos, Messi mengakui mempunyai “keraguan melampau” untuk meneruskan karier bola sepak lebih lama.
Kontrak Messi bersama kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami, pula masih sah sehingga penghujung musim 2028. – AFP