Mboko pemain ‘luar biasa’ – Sabalenka

Aryna Sabalenka/Reuters

MELBOURNE, 25 Januari – Aryna Sabalenka menundukkan pemain muda Kanada, Victoria Mboko, 6-1 7-6(1) untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia buat kali keempat berturut-turut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sabalenka mara ke suku akhir Terbuka Australia selepas menewaskan Victoria Mboko 6-1 7-6(1).
  • Sabalenka puji Mboko sebagai pemain "luar biasa" dan lawan yang sangat kuat serta bermain bersungguh-sungguh.
  • Sabalenka capai 22 kemenangan tiebreak berturut-turut, termasuk 19 dari tahun lalu.

Walaupun berjaya mengalahkan Mboko, Sabalenka menyifatkan saingan mudanya itu sebagai pemain yang ‘luar biasa’.

Jelas Sabalenka lagi, Mboko bermain dengan bersungguh-sungguh dan merupakan lawan yang sangat kuat bagi pemain yang berusia belasan tahun.

Mboko menggunakan taktik serangan ganas ke atas setiap servis pemain nombor satu dunia itu.

Terdahulu, Sabalenka turut menundukkan Anatasia Potapova pada perlawanan sebelumnya, 7-6(4)7-6(7).

Sabalenka kini meraih 22 kemenangan tiebreak berturut-turut, termasuk 19 berturut-turut tahun lalu.-Reuters