- Mexico tersingkir pada pusingan 16 terakhir dalam semua lima penampilan Piala Dunia.
- Marquez utamakan meneruskan asas dibina Javier Aguirre, bukan memulakan semuanya dari awal.
- Sebagai pemain, beliau memenangi LaLiga, Liga Juara Eropah dan cap 148 serta trofi Piala Konfederasi dan Piala Emas CONCACAF.

MEXICO CITY, 11 September – Ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Mexico, Rafael Marquez, berkata beliau mempunyai “satu lagi peluang” untuk menamatkan sumpahan pusingan 16 terakhir Piala Dunia yang menghantui kariernya sebagai pemain.
Marquez yang diperkenalkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih di Mexico City pada Khamis, berharap dapat mencapai apa yang gagal dilakukannya sebagai pemain dalam lima penampilan Piala Dunia dari 2002 hingga 2018.
Mexico tersingkir pada pusingan 16 terakhir dalam kesemua lima kejohanan Piala Dunia berkenaan.
Bekas pertahanan Barcelona itu, yang memenangi empat kejuaraan LaLiga dan dua trofi Liga Juara Eropah bersama kelab Sepanyol berkenaan, berkata keutamaan kini adalah meneruskan asas yang dibina jurulatih terdahulu, Javier Aguirre, dan bukannya memulakan semuanya dari awal.
Sebagai pemain skuad kebangsaan Mexico, Marquez membuat 148 penampilan antarabangsa dan membantu negara itu menjuarai Piala Konfederasi 1999 serta Piala Emas CONCACAF pada 2003 dan 2011. – REUTERS