
BANGI, 20 Julai – Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah Piala Dunia iaitu kejohanan bola sepak paling berprestij.
- TPM mahu Malaysia layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara di Piala Dunia.
- Aspirasi boleh direalisasikan melalui pembangunan bola sepak berterusan dan sokongan padu semua pihak.
- Acara tayangan skrin gergasi perlawanan akhir dihadiri ratusan peminat, diserikan sesi Borak Bola bersama legenda dan diakhiri Semarak Subuh di Surau Al-Hamidiah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan sahaja sebagai tuan rumah, malah beliau ingin melihat Malaysia layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara dalam kejohanan tersebut.
“Insya-Allah, satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah Piala Dunia. Mudah-mudahan ketika itu pasukan Malaysia akan menjadi satu daripada pasukan untuk mewakili Asia Tenggara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri tayangan skrin gergasi perlawanan akhir Piala Dunia membabitkan Argentina dan Sepanyol di sini, hari ini
Tambahnya, aspirasi tersebut mampu direalisasikan dengan usaha berterusan membangunkan sukan bola sepak negara serta sokongan padu daripada semua pihak.
Ratusan peminat bola sepak hadir memeriahkan acara berkenaan yang turut diserikan dengan sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Farizal Marlias dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, yang dikendalikan Hafizal Hamad.
Program itu diteruskan dengan Semarak Subuh di Surau Al-Hamidiah sebagai penutup acara, sekali gus menggabungkan semangat kesukanan dan nilai kemasyarakatan dalam kalangan pengunjung.