
ARAU, 20 Jun – Seramai 48 pemain bakal menggalas cabaran negara pada Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-10 yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 30 Julai depan.
- Skuad negara bakal bersaing dengan 200 pemain daripada 13 negara termasuk Hong Kong, Korea, China, Singapura, Uganda, Kenya, India, Pakistan dan Jepun.
- Persediaan rapi memberi tumpuan aspek teknikal, taktikal, kecergasan fizikal dan keserasian pasukan untuk memastikan tahap terbaik.
- Majlis ramah mesra dihadiri Presiden serta kejohanan Terbuka Malaysia serentak melibatkan 202 pemain mewakili enam negeri.
Kejohanan berkenaan berlangsung di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.
Menurut Presiden Persatuan Woodball Perlis, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, mereka yang mewakili negara bakal bersaing dengan 200 lagi pemain dari 13 buah negara yang menyertai kejohanan itu.
Antara negara luar yang bakal sertai adalah Hong Kong, Korea, China, Singapura, Uganda, Kenya, India, Pakistan dan Jepun
”Persediaan rapi telah dibuat dan pemain-pemain negara kini giat menjalani latihan memberi tumpuan kepada aspek teknikal, taktikal, kecergasan fizikal serta keserasian pasukan dalam usaha memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan.
“Ia mencerminkan komitmen tinggi semua pihak dalam memperkukuh persediaan Malaysia untuk bersaing di pentas antarabangsa serta mengharumkan nama negara,” katanya.
Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemain, Jurulatih dan Pegawai Pasukan Malaysia yang kini sedang menjalani latihan pusat di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP.
Selain Kejohanan Woodball Piala Dunia turut berlangsung serentak ialah Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia melibatkan penyertaan 202 pemain mewakili enam buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu.