Impian Piala FA Arsenal lebur

Penyerang Southampton, Ross Stewart meledak gol pertama menewaskan penjaga gol Arsenal, Kepa Arrizabalaga dalam aksi suku akhir Piala FA./foto AFP

SOUTHAMPTON, 5 April – Hasrat Arsenal untuk menamatkan kemarau trofi Piala FA berakhir duka apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tewas mengejut 1-2 menentang kelab Championship, Southampton.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kekalahan suku akhir mendedahkan kerapuhan Arsenal ketika berdepan tekanan, menunjukkan prestasi tidak mencapai standard juara.
  • Viktor Gyokeres menyamakan kedudukan selepas rehat, tetapi gol kemenangan Southampton datang kemudian.
  • Shea Charles menghukum kelekaan benteng Arsenal pada minit ke-85 untuk mengesahkan kemenangan bersejarah Southampton.
  • Gabriel Magalhaes terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut serius; Arteta kecewa dengan kesilapan pertahanan dan hantaran jauh.

Kekalahan dalam aksi suku akhir di Stadium St Mary’s itu bukan sahaja meleburkan impian The Gunners untuk menjulang kejuaraan sulung sejak 2020, malah mendedahkan kerapuhan skuad kendalian Mikel Arteta ketika berdepan tekanan.

Dalam aksi tersebut, pemain Ross Stewart meletakkan tuan rumah di hadapan pada babak pertama sebelum Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Viktor Gyokeres selepas rehat.

Bagaimanapun, ketika perlawanan seakan menuju ke masa tambahan, Shea Charles menghukum kelekaan benteng Arsenal pada minit ke-85 untuk mengesahkan kemenangan bersejarah Southampton.

Situasi bertambah parah buat Arsenal apabila pertahanan utama, Gabriel Magalhaes, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut yang serius.

Sementara itu, Mikel Arteta tidak berselindung meluahkan kekecewaannya terhadap prestasi hambar anak buahnya yang dianggap tidak mencapai standard pasukan juara.

“Kami melepaskan gol dengan cara yang sangat luar biasa dan tidak sepatutnya berlaku. Kami gagal menangani hantaran jauh dan membiarkan bola melepasi zon bertahan dengan mudah. Sukar untuk diterima, namun kredit harus diberikan kepada lawan.

“Jika anda melakukan kesilapan bertahan seperti yang kami lakukan hari ini, adalah mustahil untuk melayakkan diri ke separuh akhir,” tegas Arteta. – AFP