Belanda, Maghribi dijangka tampil aksi sengit di Monterrey

Ketua jurulatih Belanda, Ronald Koeman (kanan), ketika sidang media menjelang aksi menentang Maghribi pada Piala Dunia 2026/Foto REUTERS

MONTERREY, 29 Jun – Pertembungan antara Belanda dengan Maghribi bagi merebut tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 dijangka berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan dilihat sebagai antara pencabar utama kejohanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Koeman kata pertemuan terasa terlalu awal memandangkan kedua-dua pasukan berprestasi cemerlang pada Piala Dunia 2022.
  • Maghribi ciptakan sejarah mara ke separuh akhir sebagai pasukan Afrika dan Arab pertama pada edisi 2022.
  • Van Dijk puji Achraf Hakimi sebagai antara pemain terbaik dunia dan beri amaran mengenai Saibari serta Brahim Diaz.
  • Koeman yakin Belanda mampu meneruskan cabaran dan mengekalkan peluang memburu kejuaraan dunia.

Ketua jurulatih Belanda, Ronald Koeman, berkata pertemuan itu seolah-olah berlaku terlalu awal memandangkan kedua-dua pasukan memiliki rekod cemerlang pada Piala Dunia 2022.

Pada edisi di Qatar empat tahun lalu, Maghribi mencipta sejarah sebagai pasukan Afrika dan Arab pertama mara ke separuh akhir, manakala Belanda tersingkir di suku akhir selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada juara, Argentina.

Koeman bagaimanapun yakin anak buahnya mampu mengharungi cabaran itu dan mengekalkan peluang memburu kejuaraan dunia.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk pula menyifatkan pertahanan kanan Maghribi, Achraf Hakimi, sebagai antara pemain terbaik dunia ketika ini.

Beliau turut mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada terhadap ancaman penyerang Ismael Saibari dan pemain tengah Brahim Diaz yang mampu mencetuskan perbezaan dalam perlawanan.

Van Dijk pada masa sama menegaskan Belanda tidak perlu mencatat kemenangan besar ke atas Maghribi semata-mata untuk membuktikan mereka layak dianggap sebagai antara calon juara Piala Dunia.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.