Barcelona julang LaLiga ke-29

Barcelona menjulang kejuaraan LaLiga ke-29 selepas menundukkan Real Madrid 2-0 dalam aksi El Clasico awal pagi tadi. – Foto AFP

BARCELONA, 11 Mei – Pengendali Barcelona, Hansi Flick, meraikan kejayaan membawa kelab itu menjulang kejuaraan LaLiga ke-29 selepas selepas menundukkan Real Madrid 2-0 dalam aksi El Clasico awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hansi Flick tetap hadir dan membimbing pasukan meskipun baru kehilangan bapanya.
  • Stadium mengadakan tafakur satu minit; Flick menangis dan ditenangkan barisan kejurulatihan serta pemain.
  • Barcelona mempamerkan corak menyerang konsisten di bawah pendekatan berani dan agresif Flick; beliau mengucap terima kasih kepada pemain, jurulatih dan penyokong.

Kejayaan itu hadir hanya beberapa jam selepas bapanya dilaporkan meninggal dunia.

Walaupun berdepan detik peribadi yang sukar, jurulatih dari Jerman itu tetap hadir di stadium untuk membimbing FC Barcelona meraih kemenangan yang mengesahkan kejuaraan liga dengan baki tiga perlawanan musim ini.

Pemain-pemain Barcelona meraikan kemenangan bersama ketua jurulatih mereka, Hansi Flick. – Foto AFP

Sebelum sepak mula, seluruh stadium bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan.

Rakaman siaran turut memaparkan Flick mengalirkan air mata sambil ditenangkan barisan kejurulatihan serta pemain dalam suasana penuh emosi.

Hansi Flick memberi ucapan ringkas selepas perlawanan. – Foto AFP

Di atas padang, Barcelona mempamerkan aksi meyakinkan meneruskan kempen cemerlang musim ini dengan corak permainan menyerang yang konsisten hasil pendekatan berani dan agresif Flick.

Dalam ucapan ringkas selepas perlawanan, Flick mengucapkan penghargaan kepada pemain, barisan kejurulatihan dan para penyokong atas sokongan yang diberikan sepanjang musim. – Reuters