
NAKHON RATCHASIMA, 24 Januari – Atlet memanah negara Daneshan Govinda Rajan-Wiro Julin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara double lelaki compound selepas tewas tipis satu mata kepada gandingan Indonesia pada aksi final Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di sini hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pasangan Malaysia tewas tipis 151-150 kepada gandingan Indonesia dalam final double lelaki compound.
- Daneshan Govinda Rajan-Wiro Julin membawa pulang pingat perak bagi acara tersebut.
- Setakat ini kem memanah para negara mengumpul dua perak dan satu gangsa, tiada emas lagi.
- Perlawanan final berlangsung penuh debaran dengan keputusan ditentukan perbezaan satu mata.
Dalam perlawanan penuh debaran itu, pasangan Malaysia mencatatkan 150 mata namun belum cukup dengan wakil Indonesia Arif Firmansyah-Ken Swagumilang menundukkan mereka menerusi keputusan 151-150.
Setakat ini, kem memanah para negara di APG 2025 masih belum memperoleh sebarang emas selepas mengumpul dua perak dan satu gangsa.
APG Thailand 2025 dijadual menutup tirai Isnin ini. – BERNAMA