Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2026 di New Delhi, India selepas menumpaskan wakil China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasangan ranking keempat menang straight set 21-11, 21-17 di Stadium Tertutup Indira Gandhi.
  • Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan itu.
  • Separuh akhir esok menanti pasangan nombor satu dunia Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
  • Kim Won Ho-Seo Seung Jae mara selepas menewaskan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 21-16, 21-16.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi itu, pasangan ranking keempat dunia berkenaan tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-11 21-17.

Menanti Aaron-Wooi Yik di separuh akhir esok adalah pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Won Ho-Seung Jae mara selepas menumpaskan pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-16, 21-16.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.