MTEN setuju ambil tindakan intervensi tingkatkan skala, daya saing PKS

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju mengambil tindakan intervensi berhubung isu-isu struktur berkaitan bagi meningkatkan skala daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook berkata, mesyuarat itu telah meneliti dua kertas pembentangan iaitu; ‘Pemerkasaan PKS di Malaysia’ dan ‘Pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat (MTLM) bagi Tenaga Buruh Asing’.

“Terkait pelaksanaan MTLM, konsepnya telah mula diperkenalkan dalam RMKe-11 sebagai mekanisme penambahbaikan dalam mengurus dan mengawal pekerja asing berkemahiran rendah bagi memastikan peratusan pekerja asing tidak melebihi 15% daripada jumlah tenaga kerja.

“Dalam usaha ini, Kerajaan dalam Belanjawan 2024 telah menyasarkan supaya MTLM dilaksanakan sebelum hujung tahun 2024,” katanya.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu turut memperinci ciri-ciri dan pandang sektor-sektor ekonomi terlibat.

Selain itu, kementerian-kementerian berkaitan perlu melaksana libat urus dengan wakil industri serta mengenal pasti penambahbaikan dasar berkaitan termasuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan