
KUALA KURAU, 30 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua vesel gentian kaca disyaki menjalankan aktiviti perikanan menggunakan peralatan menangkap ikan jenis bubu naga di perairan barat daya Pulau Pasir Hitam, Sabtu lalu.
- Operasi dijalankan bersama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan.
- Kedua-dua vesel ditahan pada pukul 12.30 tengah hari dan 12.45 tengah hari.
- Vesel dan peralatan dirampas untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
Penahanan itu dilakukan menerusi operasi bersama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan.
Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman dalam kenyataan berkata, kedua-dua vesel berkenaan ditahan pada pukul pukul 12.30 tengah hari dan 12.45 tengah hari.
Beliau berkata, vesel pertama ditahan pada kedudukan kira-kira 0.92 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam, manakala vesel kedua pada jarak 0.98 batu nautika dari lokasi sama.
“Pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel berkenaan membawa peralatan menangkap ikan jenis bubu naga.
“Vesel bersama peralatan yang digunakan kemudian dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut”, ujarnya.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.