
BAGAN DATUK, 26 November– Tiga kes samun berjaya ditumpaskan polis di Bagan Datuk dan Hilir Perak, susulan penahanan tiga lelaki tempatan.
- Tiga lelaki tempatan berusia 34 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi berasingan pada 17 dan 25 November.
- Tangkapan dipercayai menyelesaikan kes samun, termasuk kejadian ragut di Hutan Melintang.
- Seorang pembantu kedai berusia 35 tahun diragut di kedai runcit Batu 10, Hutan Melintang pada 7 Oktober.
- Suspek melarikan diri menaiki motosikal bersama tiga lelaki lain; kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga suspek berusia 34 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi berasingan pada 17 dan 25 November lalu.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, tangkapan itu dipercayai menyelesaikan tiga kes samun, termasuk kejadian ragut di Hutan Melintang.
“Dalam kejadian 7 Oktober lalu, seorang pembantu kedai berusia 35 tahun diragut di sebuah kedai runcit di Batu 10, Hutan Melintang.
“Suspek melarikan diri menaiki motosikal bersama tiga lagi lelaki yangmenunggu di luar kedai,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.