NBKK 2026 tingkat kesedaran perkukuh institusi keluarga

LPPKN terus komited memperkukuh kesejahteraan keluarga

MELAKA, 26 November – Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (NBKK) 2026 Peringkat Negeri Melaka yang bakal berlangsung Sabtu ini di Gadek Hot Springs, Alor Gajah dijangka menarik penyertaan 700 pengunjung.

RINGKASAN BERITA AI
  • NBKK 2026 membawa tema “Kasih Keluarga, Jiwa Negara”, menekankan keluarga kukuh sebagai asas kekuatan negara.
  • Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memperkukuh institusi keluarga dalam menghadapi pelbagai cabaran.
  • Keluarga berdepan tekanan kos sara hidup, tuntutan pekerjaan, perubahan gaya hidup dan perkembangan teknologi digital.
  • Tujuh zon aktiviti disediakan untuk seisi keluarga, sementara LPPKN meneruskan usaha melalui dasar, program dan perkhidmatan masyarakat.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar memaklumkan penganjuran program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memperkukuh institusi keluarga dalam mendepani pelbagai cabaran.

“Mengangkat tema ‘Kasih Keluarga, Jiwa Negara’, sambutan berkenaan membawa mesej kekuatan sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga yang kukuh.

“Kesediaan itu penting memandangkan keluarga hari ini berdepan pelbagai cabaran termasuk tekanan kos sara hidup, tuntutan pekerjaan, perubahan gaya hidup serta perkembangan teknologi digital yang turut mempengaruhi hubungan dan komunikasi antara ahli keluarga,”katanya selepas program temubual di konti Melakafm.

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga disediakan menerusi tujuh zon utama yang memberi tumpuan kepada keperluan setiap peringkat usia.

Beliau dalam masa sama menyatakan komitmen Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang terus komited memperkukuh kesejahteraan keluarga menerusi pelaksanaan pelbagai dasar, program serta perkhidmatan kepada masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.