Remaja lelaki ditemukan lemas di sungai Rompin

Foto RTM

ROMPIN, 24 November – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika mencari kepah bersama bapa saudaranya ditemukan lemas di Kuala Sungai Endau, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat.
  • Pasukan SAR dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin menemukan mangsa menggunakan bot aluminium.
  • Operasi SAR dibantu PDRM, APM, MARITIM dan Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkuasa sebelum dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa, Mohamad Nur Afzuar Abdullah 16 tahun, ditemukan kira kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemui oleh sepasukan SAR dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin dengan menggunakan sebuah bot aluminium.

Operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa dan dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.