
TAIPEI, 24 November – Kepulangan Jensen Huang menerajui semula syarikat teknologi gergasi, Nvidia, disambut baik rakyat Taiwan yang melihat perkembangan itu mampu memberi manfaat kepada ekonomi negara berkenaan.
- Andy Chen berkata kepimpinan Huang penting untuk industri AI dan hubungan perniagaan dengan syarikat dalam rantaian bekalan Taiwan.
- Chen berharap kepimpinan Huang meningkatkan tempahan dan membantu syarikat berkaitan mengekalkan keuntungan, namun bimbang perubahan itu mungkin mempengaruhi pelabur kecil.
- Sherry Shih menyifatkan Huang sebagai pemimpin yang dihormati dan melihat hubungannya dengan Taiwan berpotensi memberi kesan positif kepada ekonomi.
- Jennifer Lin berkata nilai sahamnya mula pulih dan kejayaan Huang di Amerika Syarikat menjadi kebanggaan serta inspirasi kepada masyarakat Asia.
Mereka berpendapat kepimpinan Huang penting dalam mengukuhkan industri teknologi dan rantaian bekalan Taiwan, khususnya ketika perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).
Seorang pekerja sektor pendidikan, Andy Chen berkata, kepulangan Huang merupakan perkembangan positif kerana beliau berperanan penting dalam industri AI serta hubungan perniagaan dengan syarikat dalam rantaian bekalan Taiwan.
Beliau berkata, kepimpinan Huang bukan sahaja penting untuk memastikan tempahan perniagaan terus meningkat, malah membantu syarikat berkaitan mengekalkan keuntungan.
Bagaimanapun, Chen turut berpandangan kemungkinan isu yang membawa kepada perubahan kepimpinan Nvidia itu telah dirancang bagi mencetuskan turun naik pasaran dan mempengaruhi pelabur kecil.
Sementara itu, pekerja syarikat farmaseutikal, Sherry Shih berkata, reaksi pekerja Nvidia selepas pemergian Huang sebelum ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang dihormati.
Katanya, hubungan Huang dengan Taiwan dan rantaian bekalan tempatan juga menjadikan kepulangannya satu perkembangan yang berpotensi memberi kesan positif kepada ekonomi negara itu.
Seorang pegawai kewangan, Jennifer Lin pula berkata, beliau mula melihat pemulihan nilai saham yang dimilikinya selepas sebelum ini berasa bimbang dengan keadaan pasaran.
Beliau turut menyifatkan kejayaan Huang menerajui syarikat besar di Amerika Syarikat sebagai sesuatu yang membanggakan, selain memberi inspirasi kepada masyarakat Asia yang kurang mendapat perwakilan dalam sektor korporat negara itu. – AFP