Penjimatan tender RM40 juta dicadang bina kuarters guru

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KAPIT, 20 November – Kementerian Kerja Raya (KKR) mencadangkan agar penjimatan kos tender sebanyak RM40 juta daripada projek pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goram dimanfaatkan untuk membina kemudahan kuarters guru di sekolah berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan gunakan penjimatan tender RM40 juta untuk membina kuarters guru di SMK Bukit Goram.
  • Usul akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan dan mungkin Kementerian Ekonomi untuk kelulusan penggunaan penjimatan.
  • KKR menyatakan guru di Kapit menghadapi kesukaran mendapatkan rumah sewa, justifikasi pembinaan kuarters.
  • Projek SMK Bukit Goram bernilai lebih RM100 juta di atas 17 ekar mampu menampung lebih 1,000 pelajar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) memandangkan tenaga pengajar di Kapit berdepan kekangan untuk mendapatkan rumah sewa.

“Daripada yang saya tahu peruntukan silingnya dan berbeza dengan harga yang ditawarkan secara tender oleh syarikat ini ada penjimatan RM40 juta.

“Jadi RM40 juta itu kita akan mohon melalui KPM dan juga mungkin pada Kementerian Ekonomi meluluskan penjimatan itu digunakan untuk mendirikan bangunan-bangunan rumah kediaman untuk guru-guru dan juga asrama sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pengarah Projek bagi Projek Pembinaan Baharu SMK Bukit Goram di sini hari ini.

Menurutnya, projek bernilai lebih RM100 juta di atas tapak seluas lebih 17 ekar itu mampu menampung lebih 1,000 pelajar sekali gus mengatasi masalah kesesakan sekolah menengah sedia ada di bahagian Kapit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.