Bas persiaran terbabas di Keningau

Bas persiaran terbabas

KENINGAU, 18 November – Lima penumpang bas persiaran cedera parah, manakala 16 lagi mengalami kecederaan ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Bukit Kimanis-Keningau, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bas dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas ke bahu jalan.
  • Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
  • Pasukan BBP Kimanis dan Papar bersama KKM memberikan bantuan awal di lokasi.
  • Kesemua mangsa warganegara Malaysia dihantar ke hospital menggunakan ambulans, operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 2.55 petang.

Dalam kejadian pada pukul 1.34 petang itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas ke bahu jalan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, lima mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis serta Papar kemudian memberikan bantuan awal bersama pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kesemua 21 mangsa, yang merupakan warganegara Malaysia, dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bas persiaran itu dilaporkan dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.55 petang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.