“Iran tunjuk kekuatan tamadun hadapi Israel” – Sarjana AS

Gambar Hiasan /RTM

HYDERABAD, 18 November – Iran menunjukkan kekuatan ketamadunannya dalam berdepan peluasan kuasa Zionis, kata sarjana Amerika Syarikat berketurunan India, Muhammad Abdul Muqtedar Khan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan AS ke atas Iran bermula 28 Feb, menurutnya dilancarkan atas kehendak Israel dan tidak mendapat kelulusan Kongres AS.
  • Pentagon catat perbelanjaan tentera AS lebih US$47 bilion; Abdul Muqtedar anggar kerugian sebenar ekonomi AS hampir US$450 bilion.
  • Israel disifatkan negara peluas kuasa, genosid dan aparteid; perang itu bertujuan memajukan hegemoni serantau, bukan ancaman Iran terhadap AS.

Abdul Muqtedar, profesor sains politik dan hubungan antarabangsa di Universiti Delaware, menegaskan bahawa serangan diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb dilancarkan atas kehendak Israel.

“Perang itu dilancarkan untuk Israel. Perang ini tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa dan undang-undang Amerika kerana Kongres AS tidak meluluskannya,” katanya dalam syarahan anjuran akhbar harian Bahasa Urdu Hyderabad, Siasat, pada Selasa malam.

Tentera AS telah membelanjakan lebih US$47 bilion setakat ini dalam kempen perangnya di Iran, menurut data Pentagon yang disiarkan media baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abdul Muqtedar berkata jumlah itu hanya melibatkan kos persenjataan, dan beliau percaya kerugian sebenar kepada ekonomi AS mencecah hampir US$450 bilion.

Menyifatkan Israel sebagai “negara peluas kuasa, genosid dan aparteid”, beliau berkata perang itu dilancarkan bukan kerana Iran menimbulkan ancaman kepada AS, sebaliknya untuk memajukan hegemoni serantau Israel.

“Iran sedang membuktikan apa yang dimaksudkan dengan memiliki kekuatan tamadun,” kata Abdul Muqtedar. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.