Lelaki ditahan kes curi pagar aluminium

Foto Polis Ibu Pejabat Daerah Padawan

KUCHING, 18 November – Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian lima unit pagar aluminium di sebuah rumah di kawasan perumahan Jalan Matang-Batu Kawa di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lima unit pagar aluminium dilaporkan hilang dipercayai dicuri pada 16 November kira-kira tengah hari.
  • Suspek berjaya dikesan dan ditahan kira-kira pukul 9.40 malam berdasarkan maklumat diterima.
  • Suspek dibawa ke Mahkamah Kuching hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.
  • Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William menerusi kenyataan memaklumkan suspek ditahan di kawasan perumahan berkenaan kira-kira pukul 9.40, malam semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 16 November lalu, kira-kira pukul 12 tengah hari, apabila pengadu mendapati lima unit pagar aluminium yang dipasang di hadapan rumahnya telah hilang dipercayai dicuri.

Bertindak atas maklumat yang diperoleh, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek untuk membantu siasatan.

Suspek dibawa ke Mahkamah Kuching hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.