Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan Sabah pagi ini

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 18 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 10 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas di Sarawak: Sibu, Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Bintulu, Mukah dan Serian.
  • Kawasan terjejas di Sabah: Tawau (Semporna, Tawau, Kunak) dan Sandakan (Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan, Kinabatangan).
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 7 pagi tadi, antara kawasan yang terjejas di Sarawak termasuk Sibu, Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei serta sebahagian Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Mukah (Daro dan Tanjung Manis) dan Serian (Serian dan Siburan).

Turut berdepan cuaca sama adalah beberapa daerah di Sabah membabitkan Tawau (Semporna, Tawau dan Kunak) serta Sandakan (Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan dan Kinabatangan).

“Orang ramai di kawasan terbabit dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.