
MANILA, 16 November -Malaysia menggesa kerjasama ASEAN dan Republik Korea diperkukuh dalam bidang perdagangan, pelaburan serta ekonomi digital, selain meningkatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan khususnya penipuan dalam talian.
- Memperkukuh perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan Republik Korea untuk manfaat ekonomi bersama.
- Memperluas kerjasama dalam kecerdasan buatan dan ekonomi digital bagi memacu inovasi dan pertumbuhan.
- Meningkatkan usaha bersama membanteras jenayah rentas sempadan, terutama penipuan dalam talian.
- Menyokong dialog berterusan dan penyelesaian aman bagi menjamin keamanan serta kestabilan Semenanjung Korea.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara penekanan beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea (ASEAN-ROK) ke-27, yang turut membincangkan hala tuju hubungan dialog dan kerjasama strategik kedua-dua pihak.
“Malaysia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan dan pelaburan, memperluas kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital serta meningkatkan usaha bersama membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan dalam talian.
“Malaysia turut menyokong pendekatan dialog berterusan dan penyelesaian secara aman bagi menjamin keamanan serta kestabilan di Semenanjung Korea.
“Komitmen ini mencerminkan pendirian Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama serantau dan hubungan antarabangsa demi kepentingan bersama,” katanya dalam hantaran di Facebook.