Libat urus Myanmar tidak ketepikan Kerangka ASEAN, 5PC

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendekatan Malaysia yang mengutamakan penglibatan langsung dan dialog berterusan dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian yang lebih berkesan terhadap kemelut di Myanmar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan Malaysia selaras dengan Kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara, sambil menangani isu dua hala dan kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia.
  • Perbincangan termasuk pertemuan dengan kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing serta lawatan rasmi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing ke Malaysia.
  • Menggesa usaha diplomatik berterusan; membincangkan ancaman penipuan rentas sempadan, kerjasama AI serantau dan percepat pelaksanaan Jaringan Grid Tenaga ASEAN.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata pertemuan dengan kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing, serta lawatan rasmi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing ke Malaysia pada Oktober lalu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan itu.

“Pendekatan tersebut tidak sekali-kali mengetepikan kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara (5PC), sebaliknya membuka ruang untuk menyampaikan pendirian serta harapan kita secara terus, di samping menangani isu dua hala, termasuk kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut berkongsi hasil perbincangannya bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berhubung perkembangan di Myanmar semasa Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-49.

Perbincangan itu turut menyentuh keperluan meneruskan usaha diplomatik dengan pelbagai pihak bagi mencari penyelesaian konkrit terhadap krisis berkenaan.

Turut dibangkitkan, isu ancaman jenayah penipuan rentas sempadan serta potensi kerjasama serantau dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Menyentuh aspek pengurusan tenaga, Perdana Menteri menggesa negara anggota blok serantau agar mempercepat pelaksanaan Jaringan Grid Tenaga ASEAN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.