MBSB Research kekalkan prospek positif sektor pengguna

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 November – MBSB Research mengekalkan prospek positif terhadap sektor pengguna Malaysia, disokong oleh peningkatan perbelanjaan runcit, pasaran pekerjaan yang stabil serta kadar inflasi yang kekal terkawal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jualan perdagangan runcit meningkat 6.9% tahun ke tahun kepada RM73.67 bilion pada September 2026.
  • Pasaran pekerjaan menyokong perbelanjaan pengguna dengan pengangguran 2.9% dan guna tenaga naik 1.2% kepada 16.89 juta.
  • Inflasi keseluruhan kekal terkawal pada 1.8% manakala inflasi makanan dan minuman 1.9%.
  • MBSB Research utamakan barangan pengguna defensif dan peruncit nilai seperti 99 Speed Mart, Nestlé Malaysia serta Leong Hup International.

Firma penyelidikan itu berkata, jualan perdagangan runcit meningkat 6.9 peratus tahun ke tahun kepada RM73.67 bilion pada September 2026.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jualan runcit mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus kepada RM643.81 bilion berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurut MBSB Research, keadaan pasaran pekerjaan turut menyokong perbelanjaan pengguna apabila kadar pengangguran kekal pada 2.9 peratus, manakala guna tenaga meningkat 1.2 peratus tahun ke tahun kepada 16.89 juta orang pada September 2026.

Dari segi inflasi, kadar keseluruhan kekal terkawal pada 1.8 peratus, manakala inflasi makanan dan minuman mencatatkan 1.9 peratus bagi bulan berkenaan.

Sementara itu, sektor pelancongan masih memberikan sokongan tambahan kepada perbelanjaan pengguna, meskipun jumlah ketibaan pelancong bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 susut 1.6 peratus kepada 19.5 juta berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam strategi pelaburannya, MBSB Research akan terus mengutamakan syarikat barangan pengguna asas yang bersifat defensif serta peruncit berorientasikan nilai, dengan 99 Speed Mart, Nestlé Malaysia dan Leong Hup International sebagai pilihan utama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.