Kapal tangki meletup terkena periuk api

Foto fail AFP

TEHRAN, 14 November – Dua kapal tangki minyak meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena periuk api laut ketika melalui Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • IRGC mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan kejadian itu.
  • Tehran mengetatkan kawalan Selat Hormuz selepas perang dengan Amerika Syarikat pada Februari.
  • IRGC mendakwa kedua-dua kapal mematikan radar, cuba melalui laluan tidak dibenarkan; nama dan negara asal tidak didedahkan.

Insiden berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku ketika Tehran mengetatkan kawalan laluan perkapalan strategik berkenaan susulan tercetusnya perang dengan Amerika Syarikat (AS) pada Februari lalu.

Sejak konflik itu bermula, Iran menetapkan bahawa kapal yang mahu melalui selat berkenaan perlu mendapatkan kebenaran pihaknya, selain mengambil tindakan terhadap kapal yang didakwa gagal mematuhi arahan tersebut.

IRGC turut mendakwa kedua-dua kapal tangki itu mematikan sistem radar dan pengesanan lokasi sebelum cuba melalui laluan yang tidak dibenarkan.

“Sebentar tadi, dua kapal tangki minyak yang mematikan sistem radar dan pengesanan lokasi serta cuba melalui Selat Hormuz secara rahsia menggunakan laluan tidak dibenarkan telah meletup dan terbakar selepas terkena periuk api laut,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan nama atau negara asal kedua-dua kapal berkenaan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.