
DAKAR, 13 November – Argentina meraih pingat emas futsal pertama pada Sukan Olimpik Belia Dakar 2026 selepas menewaskan Portugal 2-1 dalam aksi akhir pada Khamis.
- Joaquin Pesl membuka jaringan, Joao Carvalho menyamakan, Lorenzo Sampedro jaring gol kemenangan pada separuh masa kedua.
- Argentina menjalani persiapan rapi, berlatih bersama selama kira-kira 18 bulan dan sertai dua kejohanan bawah 17 tahun.
- Raul Esteves menghargai pengalaman walau perak, memuji suasana meriah dan sokongan peminat pelbagai negara.
Joaquin Pesl meletakkan Argentina di hadapan sebelum Portugal menyamakan kedudukan menerusi Joao Carvalho.
Bagaimanapun, Lorenzo Sampedro muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk memastikan Argentina membawa pulang pingat emas.
Pemain Argentina, Pesl berkata kejayaan itu hasil persiapan rapi pasukan yang sudah menjalani latihan bersama selama kira-kira 18 bulan.
“Kami menyertai dua kejohanan sebelum ini bersama skuad bawah 17 tahun dan sudah berlatih bersama selama setahun setengah.
“Kami semakin mengenali antara satu sama lain dan tiba di kejohanan ini dengan persiapan terbaik,” katanya.
Sementara itu, pemain Portugal, Raul Esteves tetap menghargai peluang beraksi di pentas akhir meskipun pasukannya terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Beliau turut memuji suasana meriah di dalam arena serta sokongan daripada penyokong pelbagai negara.
“Ini satu penghormatan besar. Kami mungkin tidak memenangi pingat emas, tetapi dapat beraksi di arena yang dipenuhi penonton dengan sokongan pelbagai negara, khususnya Portugal, merupakan pengalaman yang amat bermakna.
“Saya meninggalkan kejohanan ini dengan hati yang penuh kegembiraan,” katanya.
Kedua-dua pasukan mara ke akhir tanpa mengalami kekalahan sepanjang kejohanan.
Argentina menewaskan Maghribi 4-2 pada separuh akhir, manakala Portugal mengatasi Afghanistan 2-0. – VIORY