
WASHINGTON, 12 November – Pasukan polis berbalas tembakan di pusat bandar Washington pada Khamis selepas seorang pegawai tempatan memaklumkan beberapa individu telah ditembak di sebuah pusat kecergasan.
RINGKASAN BERITA AI
- Pasukan tindak balas kecemasan polis berada di lokasi kejadian di Logan Circle.
- Tembakan aktif berlaku di dalam dan luar pusat kecergasan.
- Beberapa individu menjadi mangsa, polis kini giat memburu suspek terlibat.
Jabatan Polis Washington menerusi hantaran di platform X menyatakan pasukan tindak balas kecemasannya berada di lokasi kejadian tembakan berkenaan di kawasan Logan Circle di ibu negara Amerika Syarikat itu.
Sementara itu, ahli Majlis Bandaraya District of Columbia (DC), Brooke Pinto memaklumkan insiden tembakan aktif tersebut berlaku di dalam dan di luar sebuah pusat kecergasan.
“Beberapa individu telah menjadi mangsa tembakan.
“Pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat,” katanya. -AFP