
KUALA TERENGGANU, 11 November – Seramai 40 peserta bakal memperdengarkan bacaan serta menguji kemampuan hafazan masing-masing sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi.
- Majlis berlangsung tiga hari, menggabungkan dua acara utama iaitu tilawah dan hafazan Al-Quran.
- Acara hafazan memperlihatkan 30 peserta dalam tiga kategori: satu hingga 10, satu hingga 20, satu hingga 30 juzuk.
- Tilawah disertai 10 peserta, lima qari dan lima qariah mewakili beberapa daerah; penutupan dan hadiah dijadual 12 November disempurnakan Pemangku Raja.
Berlangsung selama tiga hari, majlis itu menghimpunkan peserta lelaki dan wanita menerusi dua acara utama iaitu tilawah dan hafazan Al-Quran.
Daripada jumlah itu, seramai 30 peserta mengambil bahagian dalam acara hafazan yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu hafazan satu hingga 10 juzuk, satu hingga 20 juzuk serta satu hingga 30 juzuk.
Sementara itu, acara tilawah menyaksikan penyertaan 10 peserta terdiri daripada lima qari dan lima qariah yang mewakili beberapa daerah di Terengganu.
Majlis penutupan dan pengurniaan hadiah dijadual berlangsung pada 12 November dan akan disempurnakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu.