Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 November- Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini susulan operasi yang dijalankan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai konvensional meningkat kepada RM40.80 bilion, manakala mudah tunai sistem Islam berkurangan kepada RM26.10 bilion.
  • BNM menjalankan dua tender repo berbalik sebagai sebahagian operasi pasaran wang.
  • BNM menyemak semula jumlah tender semalaman konvensional kepada RM40.8 bilion daripada RM40.1 bilion.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 6 November 2026.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM40.80 bilion daripada RM26.89 bilion pada pagi ini, manakala dalam sistem Islam berkurangan kepada RM26.10 bilion daripada RM33.72 bilion sebelum ini.

Terdahulu, BNM menjalankan dua tender repo berbalik.

Bank pusat itu turut menyemak semula jumlah tender semalaman konvensional kepada RM40.8 bilion daripada RM40.1 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM40.80 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM26.10 bilion, masing-masing bagi tempoh satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 6 November 2026. – ERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.