
KUALA LUMPUR, 10 November – Sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat masih terlalu awal untuk dipertimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri menjawab ringkas "Terlalu awal" apabila ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet.
- Beliau ditemui wartawan selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di MITEC.
- Datuk Seri Amir Hamzah dilantik senator pada 12 Disember 2023 dan terus menyertai Kabinet sebagai Menteri Kewangan II.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyerahkan surat peletakan jawatan bersyarat jika Najib dibenarkan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan perubahan barisan Jemaah Menteri susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Disember ini.
“Terlalu awal,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Datuk Seri Amir Hamzah dilantik sebagai senator pada 12 Disember 2023 sebelum menganggotai Kabinet sebagai Menteri Kewangan II pada hari sama.
Selain itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini menyerahkan surat peletakan jawatan bersyarat kepada Perdana Menteri sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.