Dua tan bahan al-Quran dimurnikan di perairan Johor

Program Pemurnian al-Quran itu disempurnakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot (duduk) / Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 4 November – Sebanyak dua tan bahan dan teks al-Quran yang usang, rosak serta tidak mendapat perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimurnikan menerusi Program Pemurnian al-Quran di perairan Johor, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Masyarakat semakin sedar menyerahkan al-Quran usang atau rosak kepada pihak berkuasa agama dan berkaitan.
  • Program dimurnikan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot.
  • Program anjuran Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan JAINJ, sebahagian usaha berterusan kementerian.
  • Bahan dihantar ke syarikat pelupusan untuk dibakar dalam relau khas, dijadikan bongkah lalu dilepaskan ke perairan beraliran.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Ismainur Hadi Amat Bakeron berkata, semua bahan berkenaan dikumpulkan sejak Januari hingga September lalu hasil serahan orang ramai.

“Kesedaran masyarakat semakin meningkat tentang perlunya al-Quran yang telah usang, rosak ataupun yang mungkin tidak dapat dibaca lagi diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa berkaitan untuk dimurnikan,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Program Pemurnian al-Quran itu disempurnakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot.

Program anjuran KDN dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam memastikan pengurusan dan pelupusan bahan al-Quran dilaksanakan mengikut kaedah yang ditetapkan.

Terdahulu, semua bahan dan teks al-Quran yang dikumpulkan akan dihantar ke syarikat pelupusan untuk dibakar di dalam relau khas sebelum dijadikan bongkah.

Bongkah berkenaan kemudian dilepaskan ke kawasan perairan yang mempunyai aliran air bagi membolehkannya dihanyutkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.