
SABAK BERNAM, 4 November – Seramai 38 warga Indonesia ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah PGA selepas disyaki cuba meloloskan dari Malaysia melalui laluan laut tidak diwartakan dalam serbuan di pesisir pantai Kampung Sungai Gatal, disini, pada 2 November (Isnin) lepas.
- PGA menyita bot nelayan, enjin Mitsubishi dan tiga telefon bimbit, dipercayai alat komunikasi penyeludupan.
- Nilai rampasan dianggarkan RM406,800 dan kes disiasat di bawah ATIPSOM 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.
- Briged Tengah merekodkan 171 kes penyeludupan migran dan 898 tangkapan; PGA akan pertingkat operasi serta risikan.
Pemangku Komander Briged Tengah PGA, ACP Awang Arfian Awang Bujang berkata serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi menerusi Op Taring Delta itu berjaya menahan tiga lelaki dewasa yang disyaki bertindak sebagai tekong laut serta 35 individu lain terdiri daripada 24 lelaki dan 11 wanita dewasa.
“Pasukan operasi turut menyita sebuah bot nelayan, satu enjin jenama Mitsubishi serta tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan sebagai alat komunikasi untuk menjalankan aktiviti penyeludupan,” katanya dalam sidang media.
Beliau turut memaklumkan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM406,800.
Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Akta Imigresen 1959/63.
Dalam pada itu, PGA akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan risikan bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran serta aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan Briged Tengah PGA merekodkan 171 kes penyeludupan migran dan kesalahan imigresen bagi tempoh 1 Januari hingga 4 November tahun ini, membabitkan tangkapan seramai 898 individu di kawasan tanggungjawabnya yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sementara itu ,PGA menegaskan akan terus mempertingkatkan tindakan operasi serta risikan bagi mengekang penggunaan aset dan prasarana haram dalam sebarang aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.