
KUALA LUMPUR , 2 November – Projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer (km) di sekitar ibu negara, dijadualkan bermula Januari tahun depan.
- Peruntukan RM55 juta dilaksanakan melalui perbelanjaan mengurus DBKL untuk projek laluan pejalan kaki berbumbung.
- Laluan menghubungkan kawasan kediaman, kemudahan awam, pusat komersial, perhentian bas, pusat kesihatan dan pusat keagamaan.
- DBKL merancang tambahan 20 km laluan pusat bandar untuk sambung sistem pengangkutan awam ke destinasi komersial dan taman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata projek yang membabitkan peruntukan RM55 juta itu, akan dilaksanakan menerusi peruntukan perbelanjaan mengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
“Laluan perjalan kaki ini akan menghubungkan kawasan kediaman, kemudahan awam, pusat komersial, pentian bas, pusat kesihatan dan pusat keagamaan.
“DBKL juga akan (membina tambahan 20 km laluan perjalan kaki berbumbung di kawasan pusat bandar bagi menghubungkan kemudahan sistem pengangkutan awam ke destinasi seperti pusat komersial, kompleks pejabat, kemudahan taman seperti di Taman Botani dan Taman Tasik Titiwangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat.
Pelaksanaan projek baharu tersebut susulan kejayaan projek terdahulu yang dilaksanakan sejak 2023 hingga kini, membabitkan 29 lokasi dengan keseluruhan laluan sepanjang 4.35 km.