Banjir kilat: Dua kenderaan terkandas, pokok tumbang

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 2 November – Dua buah kenderaan terkandas akibat banjir kilat yang melanda Jalan Pantai Baharu di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang wanita terkandas dalam sebuah kereta; kenderaan lain terperangkap tanpa mangsa.
  • Enam anggota BBP Pantai dikerahkan selepas panggilan kecemasan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.
  • Operasi menyelamat dan pemantauan tamat sepenuhnya pada pukul 4 petang selepas keadaan disahkan selamat.
  • Di Selangor, sebuah kereta dihempap pokok tumbang di Bandar Tasik Puteri; tiada mangsa dilaporkan, operasi tamat 4.12 petang.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Jumari Omar berkata, kejadian itu melibatkan seorang wanita yang terkandas di dalam sebuah kereta, manakala sebuah lagi kenderaan turut terperangkap tanpa melibatkan mangsa.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Operasi menyelamat dan pemantauan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4 petang selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Sementara itu di Selangor, sebuah kereta dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.39 petang.

Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Operasi yang melibatkan enam anggota bomba tamat sepenuhnya pada pukul 4.12 petang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.