PRN Melaka: Calon Pengkalan Batu tawar penyelesaian isu setempat

Foto RTM

PENGKALAN BATU, 2 November – Usaha menyelesaikan isu setempat menjadi fokus calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siti Aisyah akan menambah baik infrastruktur, menangani banjir dan sampah serta bantu usahawan muda melalui program pemasaran dan promosi.
  • Jason Tze-Xi Nathan mahu turun padang, mendengar aduan rakyat secara terus dan jalankan kempen berskala kecil untuk sentuh pengundi akar umbi.
  • Pertandingan empat penjuru membabitkan Siti Aisyah, Jason Tze-Xi Nathan, Goh Han Koon dan Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aisyah Mahmood berkata, beliau bukan sahaja akan memberi perhatian kepada usaha menambah baik infrastruktur serta menangani masalah banjir.

Malah membantu usahawan muda di kawasan itu meningkatkan daya saing, sekiranya diberi mandat

“Selain banjir dan sampah, itu isu biasa masyarakat. Apa yang saya nak buat ialah saya ingin membantu usahawan-usahawan muda yang ada dalam Pengkalan Batu ini sebab mereka bersaing sesama sendiri.

“Jadi mungkin kita akan adakan sedikit program penambahbaikan dari segi pemasaran dan bawa pihak yang boleh membantu usahawan kita mempromosikan barangan mereka,” katanya.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Jason Tze-Xi Nathan pula tidak mahu bergantung kepada latar belakangnya sebagai peguam untuk meraih sokongan pengundi.

Sebaliknya, beliau mahu mendekati masyarakat secara langsung dan mendengar sendiri isu serta aduan penduduk di peringkat akar umbi.

“Walaupun kempen lebih berskala kecil, saya rasa ini sangat penting untuk sentuh pengundi di peringkat akar umbi.

“Untuk jadi seorang wakil rakyat, tidak kira apa latar belakang atau profesion, kita kena turun, jumpa orang, dengar dan tebalkan telinga untuk dengar semua aduan,” katanya.

DUN Pengkalan Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Siti Aisyah mewakili BN, Jason (PH), Goh Han Koon (BERSAMA) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (BERSATU).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.