Topi keledar percuma: Komitmen kerajaan lindungi pengguna motosikal

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh aspek keselamatan penunggang motosikal menerusi penyediaan 70,000 unit topi keledar percuma di bawah Belanjawan 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif Kementerian Pengangkutan melalui JPJ memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada topi keledar sesuai bagi mengurangkan kecederaan serius.
  • Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar dengan penerima inisiatif topi keledar.
  • Sentiasa memakai topi keledar dan memastikan tali pengikat dipasang kemas setiap kali berada di jalan raya.
  • Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan supaya setiap perjalanan berakhir dengan selamat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada topi keledar yang bersesuaian, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar dengan penerima topi keledar percuma menerusi inisiatif berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua penunggang motosikal supaya sentiasa memakai topi keledar dan memastikan tali pengikatnya dipasang dengan kemas setiap kali berada di jalan raya.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan dengan memastikan setiap perjalanan berakhir dengan selamat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.