
KULAI, 1 November – Seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kemalangan di Jalan Senai- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Dua mangsa, berusia 69 dan 30 tahun, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.
- Mangsa wanita 30 tahun disahkan meninggal di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.
- Ibu mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah semasa menerima rawatan.
- Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; kenyataan dikeluarkan oleh ACP Tan Seng Lee.
Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 69 dan 30 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee dalam kenyataan memaklumkan, wanita berusia 30 tahun itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, manakala ibunya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.