Jordan rampas senjata api automatik diseludup guna belon udara panas

Foto fail/AFP

AMMAN, 1 November -Pasukan keselamatan Jordan merampas sembilan senjata api automatik dan peranti Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang diseludup masuk ke negara itu menggunakan belon udara panas di wilayah Karak, selatan Jordan, menurut Direktorat Keselamatan Awam pada Sabtu, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menemui beg mencurigakan di kawasan Muhi selepas menerima laporan, mendorong pemeriksaan dan tindakan keselamatan.
  • Siasatan awal menunjukkan beg itu berasal dari sempadan selatan dan dibawa angin ke lokasi penemuan.
  • Rampasan berlaku seminggu selepas serangan tembakan di pengebumian gereja Hmoud, Karak; sembilan maut, beberapa cedera, tiga suspek ditahan.

Jurucakap direktorat itu berkata polis menemukan senjata berkenaan selepas menerima laporan mengenai sebuah beg mencurigakan di kawasan Muhi di wilayah terbabit.

Siasatan awal menunjukkan beg itu berasal dari kawasan sempadan selatan Jordan sebelum dibawa angin ke lokasi penemuannya, menurut jurucakap itu.

Rampasan itu berlaku seminggu selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang awam yang menghadiri upacara pengebumian di sebuah gereja di kampung Hmoud, Karak, menyebabkan sembilan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera, menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa Jordan.

Pihak berkuasa Jordan kemudiannya mengumumkan penahanan tiga suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan itu susulan operasi keselamatan yang dijalankan. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.