Niaga hadapan emas ditutup rendah

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga kontrak Oktober 2026 susut kepada AS$3,981.1 setiap auns troy daripada AS$4,024.9.
  • Kontrak November 2026 turun kepada AS$4,003.0 setiap auns troy daripada AS$4,040.5.
  • Kontrak Disember, Januari, Februari dan April 2027 masing-masing turun kepada AS$4,017.9 daripada AS$4,055.2 setiap auns troy.
  • Jumlah dagangan meningkat kepada 124 lot manakala kepentingan terbuka susut kepada 65 kontrak; emas fizikal ditetapkan pada AS$4,026.3.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada AS$3,981.1 setiap auns troy daripada AS$4,024.9 setiap auns troy pada Khamis, manakala November 2026 turun kepada AS$4,003.0 setiap auns troy daripada AS$4,040.5 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing turun kepada US$4,017.9 setiap auns auns troy daripada AS$4,055.2 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis.

Jumlah dagangan meningkat kepada 124 lot berbanding 107 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 65 kontrak daripada 168 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,026.3 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 29 Oktober, 2026. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.