
KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di 10 negeri sehingga 2 pagi, Rabu.
- MetMalaysia di Facebook maklum amaran melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor.
- Di Perak kawasan terlibat: Kuala Kangsar, Perak Tengah, Selama, Kerian, Larut Matang dan Manjung.
- Amaran dikeluarkan apabila hujan berintensiti melebihi 20 mm sejam dijangka atau sedang berlaku lebih satu jam.
MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Kota Setar dan Yan), Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Selama, Kerian, Larut Matang dan Manjung.
Di Pahang, amaran melibatkan Cameron Highlands, Kuantan, Jerantut, Lipis dan Pekan, manakala di Johor, kawasan terlibat ialah Pontian dan Batu Pahat.
Amaran turut melibatkan kawasan Song di Kapit, Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam dijangka berlaku atau sedang berlaku melebihi satu jam.