
KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Pengerusi SD Guthrie Berhad, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Nik Asiah Wan Daud, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Dalam hantaran Facebook, doa agar keluarga Allahyarhamah diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi kehilangan.
- Doa agar Allahyarhamah diampunkan segala dosa.
- Doa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
“Semoga seluruh keluarga Nik Norzrul Thani diberi kekuatan dan kesabaran tatkala diuji dengan kehilangan ini.
“Mendoakan Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.