TVET JELITA berjaya latih 10,000 peserta, 5,000 raih peluang pekerjaan

Foto Facebook Zahid Hamidi

DURIAN TUNGGAL, 27 Oktober – Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi inisiatif JELITA berjaya melatih lebih 10,000 peserta dalam tempoh kurang tiga tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 5,000 peserta JELITA berjaya memperoleh pekerjaan.
  • Baki peserta mengusahakan pengeluaran produk untuk dipasarkan secara fizikal dan dalam talian.
  • Program ini disifatkan sebagai perubahan besar yang memperkasa wanita melalui penguasaan kemahiran.
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan JELITA Open Day di UTeM.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian itu sekali gus membuka peluang kepada wanita meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan isi rumah.

“Daripada jumlah itu, seramai 5,000 peserta berjaya memperoleh pekerjaan, manakala bakinya telah mengusahakan pengeluaran produk untuk dipasarkan, sama ada secara fizikal mahupun dalam talian,” jelasnya.

Beliau berkata pencapaian itu disifatkan sebagai satu perubahan besar atau ‘game changer’ dalam usaha memperkasa wanita menerusi penguasaan kemahiran dan peluang menjana pendapatan.

“Keberhasilan yang telah dapat didakapi oleh program TVET ini iaitu dalam tempoh kurang daripada 3 tahun JELITA telah dapat melatih lebih daripada 10,000 peserta dengan 5,000 daripadanya memperoleh pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah,” ujarnya lagi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan JELITA Open Day – 12 Hours Sprint Training di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.