
KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 10.00 pagi tadi.
- Bacaan tertinggi dicatat di Serian (194), Kuching (188) dan Samarahan (182).
- Kawasan lain tidak sihat termasuk Sri Aman, Batu Pahat, Pasir Gudang, Kluang dan Paka.
- 45 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 11 lagi baik.
- Kategori IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) memaklumkan bahawa IPD Serian di Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 194, diikuti Kuching, Sarawak (188) dan Samarahan, Sarawak (182).
“Kawasan lain yang mencatat IPU pada tahap tidak sihat adalah Sri Aman, Sarawak (159), Batu Pahat, Johor (156), Pasir Gudang, Johor (156), Kluang, Johor (154) dan Paka, Terengganu (154).
“Selain itu, Nilai, Negeri Sembilan (151), Seremban, Negeri Sembilan (151), Larkin, Johor (151) dan Kota Tinggi, Johor (102),” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, 45 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 11 lagi baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.