Kerajaan buka rayuan bantuan bersasar kepada isi rumah M40

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong ketika pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Kerajaan membuka ruang rayuan kepada penerima bantuan bersasar yang mengalami perubahan kedudukan kewangan, termasuk isi rumah berpendapatan sederhana (M40) yang kehilangan pekerjaan atau berdepan kemerosotan pendapatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rayuan bantuan bersasar dibuka setiap hari.
  • Penerima boleh mengemukakan rayuan bila-bila masa jika status kewangan mereka berubah.
  • Liew Chin Tong menyampaikan maklumat itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Datuk Adnan Abu Hassan.
  • Kementerian Ekonomi sedang mengkaji klasifikasi T15 untuk memastikan dasar sesuai dengan keadaan semasa rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, penerima bantuan boleh mengemukakan rayuan pada bila-bila masa sekiranya status kewangan semasa mereka berubah dan tidak lagi mencerminkan pendapatan terdahulu.

“Rayuan dibuka setiap hari. Setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan sekiranya status sedia ada telah berubah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Kementerian Ekonomi sedang menjalankan kajian berkaitan klasifikasi T15 bagi memahami kedudukan ekonomi golongan berpendapatan pertengahan.

Kajian itu bertujuan memastikan dasar yang dirangka bersesuaian dengan keadaan semasa rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.