Wanita maut akibat kecederaan gempa bumi Panama

Foto AFP

PANAMA CITY, 15 Oktober – Seorang wanita berusia 68 tahun, Elena Barria meninggal dunia akibat kecederaan serius dalam gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Panama minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal; kira-kira 30 orang cedera dan kerosakan teruk pada bangunan, jambatan serta jalan raya di wilayah tengah.
  • Media tempatan melaporkan kawasan Macaracas, wilayah Los Santos, terjejas teruk akibat bencana itu.
  • Lebih 400 gegaran susulan dilaporkan berlaku sejak gempa bumi utama melanda.

Menurut kenyataan pihak berkuasa keselamatan sosial, kematian itu merupakan yang pertama direkodkan susulan bencana berkenaan.

Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi pada Jumaat lalu, yang mencederakan kira-kira 30 orang serta mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, jambatan dan jalan raya, sekali gus menjejaskan laluan perhubungan di wilayah tengah negara itu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan mangsa menetap di Macaracas, wilayah Los Santos yang terjejas teruk akibat bencana itu.

Lebih 400 gegaran susulan dilaporkan berlaku sejak gempa utama melanda.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.