
PENSACOLA, 10 Oktober -Taufan Isaias melanda Florida pada malam Jumaat, ketika kawasan pantai Teluk Mexico bersiap siaga menghadapi ribut kategori dua.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat Taufan Kebangsaan melaporkan Isaias mula melanda berhampiran Destin, Florida.
- Kenaikan paras air laut akibat ribut mengancam nyawa penduduk di sepanjang pantai Teluk.
- Keadaan taufan berbahaya menyebabkan banjir kilat mula merebak ke kawasan pedalaman.
- Penduduk diminta bersiap sedia dan mengikut arahan keselamatan pihak berkuasa.
Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat dalam kemas kini terbaharunya memaklumkan, taufan itu mula melanda berhampiran Destin, Florida.
Menurut agensi itu, fenomena kenaikan paras air laut akibat ribut mengancam nyawa penduduk di sepanjang pantai Teluk.
Manakala keadaan taufan berbahaya dan banjir kilat mula merebak ke kawasan pedalaman. – AFP