NACSA, MCMC bangunkan teknologi perlindungan data

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membangunkan teknologi perlindungan data tempatan yang mampu menghadapi ancaman komputer kuantum.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia diiktiraf Tier 1 dalam kesiapsiagaan beralih kepada kriptografi pascakuantum.
  • Pengumuman dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
  • MyDigital ID mencatat lebih 14 juta pengguna berdaftar dan digunakan dalam 203 perkhidmatan awam serta swasta.
  • Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menekankan keselamatan data serta pembangunan kapasiti siber negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini diiktiraf pada tahap tertinggi, Tier 1, dalam kesiapsiagaan beralih kepada kriptografi pascakuantum.

“Sehubungan itu, NACSA dan SKMM akan membangunkan teknologi perlindungan data tempatan yang mampu menghadapi ancaman komputer kuantum, sambil meningkatkan keupayaan Cyber Security Cryptology Development Centre (CSCDC) Berhad,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Menyentuh mengenai MyDigital ID, Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata,platform itu mencatat lebih 14 juta pengguna berdaftar masuk melalui 203 perkhidmatan awam serta swasta bagi memudahkan rakyat berurusan dengan selamat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.