
LABUAN, 2 Oktober – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menerusi Op Sapu yang dijalankan sekitar kawasan bandar Labuan, Rabu lalu.
- Seramai 47 individu diperiksa sepanjang operasi rondaan di kawasan bandar Labuan.
- Tahanan terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Pengarah JIM Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata seramai 47 individu diperiksa sepanjang operasi tersebut.
“Hasil pemeriksaan, enam PATI ditahan, membabitkan lima warga Filipina serta seorang warga Indonesia.
“Tahanan terdiri daripada seorang lelaki, empat perempuan termasuk seorang kanak-kanak perempuan.
“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu pada Khamis.
Kesemua tahanan kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Jabatan Imigresen menegaskan tindakan tegas akan diteruskan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk pihak yang menggaji atau melindungi PATI.